Nama penuh pengasas perubatan Homeopathy ialah Dr. Christian Friedrich Samuel Hahnemann dilahirkan di Missen Saxony, German pada 10 April 1755 dan meninggal di Paris pada 22 Julai 1843. Hahnemann mempunyai peribadi yang luar biasa, tinggi pengetahuan dan luas pengalamannya. Pada umur 22 tahun beliau telah mahir dalam bahasa Greek, Latin, Inggeris, Italy, Hebrew, Seriani, Arab, Spanish dan German bahasanya sendiri. Khabarnya apabila beliau hendak mengetahui sesuatu bahasa beliau terus sahaja mempelajarinya dengan teratur dan bersungguh-sungguh.Beliau adalah seorang doktor yang masyhur pada zamannya serta seorang yang lurus dan jujur sehingga ada orang yang berubat kepadanya diberi nasihat sahaja tanpa mengambil pembayaran.

Beliau telah berjaya membuat penyiasatan dalam ilmu kimia(Chemistry) dan terjemahannya banyak berkenaan ilmu kesarjanaan, hasil dari penterjemahan buku-buku dalam bahasa Perancis, Inggeris dan Italy itulah manjadi mata pencariannya. Dalam pada itu, beliau tidak berhenti-henti meneruskan penyiasatannya dalam bidang kimia. Pada tahun 1790 apabila beliau menterjemahkan Kitab Materia Medica Cullen dalam volume ke 2 iaitu sebanyak 20 muka, satu masalah berkenaan kulit peruvien iaitu kulit yang didapati di dalamnya ada ubat kuinin(quinine) yang dibawa dari negeri Peru America Latin, disinilah bermulanya fikiran dan perhatiannya dapat menangkap perihal undang-undang seraksi atau similimum. Beliau terperanjat apabila dapat menyaksikan bagaimana serupa dan seraksi di antara semboyan yang dibuat oleh kiunin dengan demam kura-kura(malaria) dan dapat pula menyembuhkannya. Terserempak denganhal ini beliau merasakan betul-betul diberi satu ilham bahawa undang-undang seraksi itu sama dengan undang-undang alam yang tetap dan dapat dipakai seperti undang-undang tabii lain juga. Lalu beliau pun mencuba untuk menyiasat kerja dan khasiat sesuatu ubat itu (proving) kepada dirinya dahulu kemudian kepada rakan-rakan dan pengikutnya akan kesahihan yang didapati daripada percubaan itu yang mana telah menghasilkan undang-undang seraksi mengikut tabii.

Setelah 6 tahun membuat penyiasatan, pada tahun 1796 Hahnemann telah mengisyhtiharkan di dalam sebuah jurnal perubatan masa itu iaitu Hufelands Journal telah menggemparkan alam perubatan pada ketika itu yang menyebabkan sahabatnya menjadi musuh. Dalam tahun 1805 buku Materia Medica Homeopathy yang pertama telah dihasilkan dalam bahasa Latin yang mengandungi 27 cubaan (provings) penawar Homeopathy. Pada tahun 1810 buku agungnyaOrganon’ yang mengandungi ayat-ayat lengkap tentang teori Homeopathy dan pendedahan tentang keburukan perubatan yang berleluasa di zamannya. Dengan itu beliau telah dilantik sebagai ketua pengajian Homeopathy di University Leipzic dari tahun 1812 hinggi 1821. Selama 14 tahun beliau memperlihatkan keahliannya beliau dilantik sebagai doktor diraja pada tahun 1821, kemudian pada tahun 1828 bukunya yang terkenal “Chronic Miasmtelah dilahirkan. Tahniah kepada Hahnemann yang telah menemukan konsep potentisation atau peningkatan kuasa penawar dan dibahagi lebih kecil lagi (divided and subdivided). Proses pemecahan atau potentisation atau trituvation itu mula mendapat satu daya kuasa penyembuhan bagi menghadapi daya kuasa penyakit (disease force) yang serupa atau similimum atau seraksi itu.

Kehidupan Hahnemann selepas itu adalah biasa sahaja. Beliau meninggal pada 22 Julai 1843 dalam usia 83 tahun. Beliau adalah seorang monotheist yang percaya kepada satu tuhan sahaja. Walaupun Hahnemann telah meninggal tetapi usahanya masih hidup memberikan khidmatnya kepada manusia. Kini homeopathy telah wujud di German, Perancis, Austria, Russia, Italy, America, Brazil, India, Pakistan, Sri Lanka, Malaysia dan di seluruh pelusuk dunia.

No posts.
No posts.